Monday 4 January 2016

SAMUTAN MAULIDUR RASUL 1437H

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 24 Disember 2015 (Khamis) di Dataran Kejat Kg Pasir Raja. Program ini melibatkan kira-kira 150 orang daripada penduduk Kampung Pasir Raja. Secara keseluruhannya, program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancang.Bermula seawal jam 8.00 pagi, penduduk kampung telah berkumpul di hadapan Masjid Kg Pasir Raja bagi perarakan Maulidur Rasul. Tepat jam 8.30 pagi penduduk kampung mula berarak. Bermula dari Masjid Kg Pasir Raja seterusnya melalui jalan kampung dengan mengelilingi kawasan sekolah kebangsaan pasir raja dan padang bola sepak dan berakhir di Dataran Kejat Kg Pasir Raja. Sepanjang perarakan, semua penduduk berselawat keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Selepas sarapan pagi, jam 9.30 pagi majlis perasmian bermula dengan bacaan doa dan ucapan dari Penghulu Mukim Pasir Raja, En. Khairullizan Alias. Acara diteruskan lagi dengan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Mat Jali Muhammad dan Ustaz Abu Sufian Safie.





Saturday 7 November 2015

Program NBOS " Homestay Makeover" bersama mahasiswa dan mahasiswi Pengurusan Pelancongan Universiti Malaysia Terengganu  selama 2 hari 1 malam pada 6 hingga 7 November 2015.
Bersama YB Adun Bukit Besi Roslee Daud


Thursday 20 August 2015