TEMPAT MENARIK


Pelbagai tempat menarik yang terdapat di sekitar Kampung Pasir Raja. Antaranya ialah:

BUMBUNG RAJA

Kawasan rekreasi Kampung Pasir Raja dikenali sebagai Bumbung Raja. Mengikut sejarah suatu ketika dahulu, Bumbung Raja ini merupakan tempat persinggahan seorang kerabat diraja bernama Tengku Che Muda bersama hulubalangnya dimana beliau berkhemah disitu untuk mempelajari ilmu agama dan ilmu pendekar dengan seorang ulama yang bernama Sutan Kari. Melihat tempat ini yang memaparkan banyak sejarah laluan sungai ketika dahulu, pihak JKKK telah mewujudkan kawasan tersebut sebagai kawasan rekreasi Bumbung Raja Kampung Pasir  Raja. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti berkhemah, berkelah dan bermandi-manda.

HUTAN LIPUR CEMERONG
Selain itu, terdapat satu lagi kawasan rekreasi yang boleh dikunjungi oleh pengunjung iaitu Hutan Lipur Cemerong kira-kira 24.6km (39min) daripada Kampung Pasir Raja. Hutan Lipur Cemerong terletak di Hutan Simpan Pasir Raja dalam Daerah Dungun. Ia merangkumi kawasan seluas 292 hektar dan mula dimajukan pada tahun 1993. Hutan Lipur ini menawarkan Air Terjun setinggi 305 meter dan merupakan salah satu yang tertinggi di Negara ini. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti berkelah, berkhemah, mendaki gunung berembun dan sebagainya. 

Berdekatan dengan Hutan Lipur Cemerong juga, terdapat pokok cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di Gunung Mandi Angin, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun. Pokok Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilit 16.75 meter(kira-kira 13 pemeluk) telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia. 

KUBU MAT KILAU
Terdapat juga tempat bersejarah iaitu Kubu Mat Kilau kira-kira 13km daripada Kampung Pasir Raja. Kubu Mat Kilau yang dibina di Padang Jerangau, Pasir Raja, Hulu Dungun Terengganu bagi mengingati perjuangan pahlawan lagenda melayu yang menentang penjajahan Inggeris sekitar tahun 1980an. Kubu ini merupakan tempat persembunyian beliau dari buruan penjajah.











No comments:

Post a Comment