AKTIVITI

AKTIVITI  KEBUDAYAAN

a.    Menumbuk emping
Emping iaitu sejenis makanan yang diperbuat daripada padi suatu ketika dulu sering dihasil sebagai tanda kesyukuran golongan petani terhadap hasil pertanian mereka. Kebiasannya, kumpulan mengemping terdiri daripada 4 hingga 6 orang dan merupakan golongan wanita. Mereka akan menumbuk padi itu secara beramai-ramai dengan menggunakan lesong sehingga padi itu menjadi leper. Selain menghasilkan makanan tradisional ini, paluan bunyi semasa menumbuk emping itu juga dapat menghasilkan bunyi seakan-akan lagu. Antara lagu yang biasa dimainkan melalui acara menumbuk emping ini ialah lagu seroja.

b.    Mandi Sapat
Peralatan yang digunakan dalam adat mandi sapat

Mandi Sapat adalah salah satu adat tradisi yang masih lagi digunakan oleh penduduk kampung dalam meraikan pasangan pengantin di Hari Majlis Perkahwinan mereka. Kebiasaanya, Kumpulan mandi sapat ini terdiri daripada 3 orang yang mana seorang ketua, 2 pembantu, 6 penari dan 3 tukang gendang. Penari akan mengikut rentak gendang yang dihasilkan.

c.    Silat Gayung
  
Kebiasaanya, acara silat gayung ini digunakan di majlis perkahwinan dan majlis berkhatan beramai-ramai bagi penduduk Kampung Pasir Raja.

AKTIVITI SUKAN

        a. SUKAN TRADISIONAL

Pihak JKKK telah memperingatkan kembali permainan-permainan tradisional kepada golongan muda-mudi dalam kampung yang mana permainan amat popular suatu ketika dahulu. Oleh itu, JKKK menganjurkan sukan-sukan rakyat kepada penduduk kampung. Pelbagai permainan tradisional yang boleh dimainkan lagi oleh generasi muda seperti bola sepak raga, gasing, tarik upih dan sebagainya.
Bola Sepak Raga

Tarik Upih

Gasing
b. SUKAN KOMUNITI
Bagi meningkatkan gaya hidup sihat seperti  yang dilaungkan oleh pihak kerajaan, pihak JKKK Kampung Pasir Raja telah melaksanakan dengan cemerlang dan jayanya. Telah banyak acara-acara sukan telah disertai / dijalankan seperti sukaneka, sukan komuniti, kejohanan bola sepak, kejohanan bola jaring dan sebagainya.

Pasukan Bola Jaring Kg Pasir Raja
Pasukan Bola Sepak Kg Pasir Raja




  

Antara aktiviti sukan yang dilakukan di Kg Pasir Raja

1 comment:

  1. assalamualaikum tuan.

    Saya editor di Dewan Bahasa dan Pustaka ingin dapatkan gambar upacara mandi sampat untuk dimasukkan ke dalam penerbitan buku. Boleh tuan hantarkan maklumat diri kepada saya untuk perbincangan secara langjut. Nombor telefon saya ialah 013-9597936 atau e-mel saya normuhamad@dbp.gov.my.

    Terima kasih tuan.

    ReplyDelete